Miss Universe Malaysia 2020 • e-Gala Final • Highlights dan Keputusan

Miss Universe Malaysia 2020 • e-Gala Final • Highlights dan Keputusan

Win Your Next Pageant

Get Pageant Questions Written By A Miss Universe Judge








Kuala Lumpur, 5 Sept 2020 – Francisca Luhong James, 25, dari Sarawak dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 setelah menewaskan 17 peserta lain dalam acara tertutup di Kuala Lumpur yang disiarkan secara langsung di laman web Miss Universe Malaysia petang ini.

Berketurunan Kayan-Kenyah-Iban, Francisca yang berasal dari Kuching juga memenangi Best In Evening Gown. Lulusan ijazah dalam Komunikasi Massa pada tahun 2019, Francisca bekerja sebagai Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, dan juga merupakan model sambilan.

Naib juara pertama ialah Charissa Chong Su Huey 庄淑慧, 26, dari Selangor, sementara Serene Chai Yong Bin 蔡咏彬, 26, dari Johor dinobatkan sebagai naib juara kedua, dan Neha Varma, 22 dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai naib juara ketiga .

Sebagai pemenang Miss Universe Malaysia 2020, Francisca menerima mahkota ‘Refleksi’ yang menakjubkan rekaan HABIB yang menampilkan set berlian 10 karat dalam emas putih bernilai RM2.38 juta, dan membawa pulang wang tunai dan hadiah tajaan dengan nilai gabungan RM180,000 serta biasiswa pendidikan penuh dari HELP University.

Dia akan mewakili Malaysia kelak di pentas antarabangsa di pertandingan Miss Universe di lokasi yang belum diketahui.

Senarai lengkap 12 pemenang kategori sampingan adalah seperti berikut:
• Miss Congeniality: Celine Foo 胡 诗 宁, 26
• Miss Online: Neha Varma, 22
• Best Evening Gown: Francisca Luhong James, 25
• Miss Body Beautiful: Louisa Ananthan, 22
• Miss HABIB: Neha Varma, 22
• Miss La Jung Youthful Forever: Serene Chai Yong Bin 蔡咏彬, 26
• Miss Dermalogica Healthy Skin: Pritha Manivannan, 27
• Miss Glojas Glowing Beauty: Pritha Manivannan, 27
• Anugerah Rambut Shawn Cutler: Rindsay Rachelle Laige, 22
• Miss Auto Bavaria Elegance: Francisca Luhong James, 25
• Miss Strip: Charissa Chong Su Huey 庄淑慧, 26
• Skinz Sanctuary Flawless Skin: Serene Chai Yong Bin 蔡咏彬, 26

See also  🔴 ติดตามชมถ่ายทอดสด งานแถลงข่าวเปิดธุรกิจผลิตภัณฑ์บำรุงผิว THE LAUNCH OF MISS UNIVERSE SKINCARE

Tahun ini, kerana pandemik COVID-19, pertandingan disiarkan secara langsung untuk pertama kalinya dengan 18 finalis dan panel hakim hadir tanpa penonton sesuai dengan langkah-langkah jarak fizikal.

Tiket ke siaran langsung e-Gala telah dijual kepada orang ramai, dan 20 peratus hasil penjualan tiket akan disumbangkan kepada Persatuan Rumah Kebajikan Anak-anak Lighthouse Kuala Lumpur & Selangor.

#MissUniverseMalaysia2020 #MissUniverse #MissUniverseMalaysia

Video ihsan Hurr.TV

𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 –
www.f8buzz.com
• 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 & 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗮𝗻𝗱𝗮 –

• 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗴𝗼𝘀𝘀𝗶𝗽, 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿 & 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 –

• 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 –

• 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 –

• 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 –

• 𝗧𝘄𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 –
..(read more at source)



ON SALE: Pageant Resale

GET 365 FREE: Pageant Questions

VIEW MORE: Miss Universe Videos

LEARN ABOUT OTHER: Beauty Pageants

About the author: Pageant Coach

Related Posts

27 Comments

  1. Kenapa buat rambut mcm tu.. nampak mcm org tua yg gambut gugur.. dahi dan muka nampak besar sbb rambut tu ke belakang.. dari blkg pun rambut nampak pelik.. make up mata pun tak balance.. kena make up agar nampak balance.. klu tidak mata nampak bulat

  2. So sad the organization looks so cheap poor and candidates not well groom enough I don't feel at par with Thailand Philippines and Indonesia. Malaysia so poor in pegant organisation. The malays shd be allowed to participate.

  3. Kalau tgok peserta2 Miss Universe Malaysia jauh beza dibanding dgn negara2 jiran Thailand, Filipina dan Indonesia. Kita masih jauh ketinggalan. Dorang dah jauh meninggalkan kita.

  4. Padahal ini acara udah nasional,
    Klo di indonesia ini macam acara da,erah antar propinsi,
    Panggung dan pentas pun tak se indah mcam di indonesia,,
    Kecil sangat panggung tu,

  5. Good to know you will represent a beautiful malay looking miss universe, hope for the win, miss malaysia, a malay beautiful lady, keep it up, you deserve to win miss malaysia.congratulations from philippines.🥰🥰🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *